Pengenalan

Badan Amal Kemajuan Insan atau secara ringkasnya YAKIN Malaysia yang telah ditubuhkan pada 20 Disember 2004 berbagai aktiviti telah berjalan dengan baik dan jayanya akan tetapi beberapa pindaan telah dibuat pada beberapa tahun berikutnya supaya lebih banyak peranan aktiviti dapat merealisasikan wawasan YAKIN Malaysia kapada masyarakat Malaysia am bersama sama dibantu dan membantu akan lebih berkesan.

Pada Mesyuarat Agung Khas bertarikh 17hb. Julai 2005 Jawatankuasa Majlis Tertinggi telah memutuskan untuk mewujudkan satu Jabatan Pengurusan Pentadbiran Professional dengan kelulusan Peraturan–Peraturan Pendaftaran Pertubuhan 1984 pindaan undang undang fasal 10 ( 7 ) pada 8 Mei 2007 berkuat kuasa. Segala urusan rasmi dengan nama tersebut bagi memastikan pengurusan aktiviti berjalan dengan lancar dan memenuhi sasaran.

YAKIN Malaysia menjadi pusat Runding Cara Harian (One Stop Centre) kepada golongan masyarakat yang memerlukan. YAKIN Malaysia juga berperanan sebagai penyalur informasi, penyelaras dan pelaksana program pembasmian masalah kemiskinan dan sosial kepada jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGOs), swasta dan agensi-agensi lain yang memberi khidmat bantuan.

Perkhidmatan YAKIN Malaysia

1. Rumah Lindungan Kasih

1. Rumah Lindungan Kasih

3. Pusat Jagaan Warga Emas

Peranan
  • Sebagai penyalur informasi, pelaksana & penyelaras program pembasmian masalah sosial dan kemiskinan yang dijalankan oleh Jabatan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGOs) dan Swasta.
  • Mengendali dan menguruskan kes-kes baru dan disalurkan ke Jabatan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGOs) dan Swasta.
  • Bertukar informasi dan program dengan agensi NGOs di peringkat antarabangsa.
  • Membantu mencegah dan membanteras masalah sosial dengan menganjurkan program berbentuk motivasi & sesi kaunseling.
  • Bertindak melalui informasi yang diperolehi daripada sukarela atau penduduk awam dengan khidmat yang berkaitan dan bersesuaian.
  • Mengendalikan proses runding cara peringkat awal bagi kes-kes baru (klien yang berdaftar.)
  • Mendapatkan maklum balas untuk tindakan/program selanjutnya di dalam organisasi YAKIN Malaysia.
  • Menjalankan kerja-kerja semakan dan pengesahan informasi kes yang diterima.
  • Membuat atau mengendalikan program masyarakat bersama YAKIN Malaysia.
  • Menggalakkan penyertaan Sukarelawan daripada orang ramai.
Motto
"dibela disayangi dihormati"
Misi
  • Memberi penghantaran bantuan yang lebih cekap dan pantas
  • Rakan kongsi yang bijak bersama NGO dan Swasta
  • Memberi respon dan tindakbalas yang cepat
  • Cara kerja yang lebih mudah dan ringkas
  • Jalinan kerja yang baik
  • Penggunaan sukarelawan secara optimum
Pihak YAKIN Malaysia menerima bantuan kewangan dari Yayasan Bursa Malaysia pada tahun 2010
Aktiviti & Perjalanan

YAKIN Malaysia melalui Jabatan Pengurusan Pentadbiran Professional (JPPP) memastikan pengurusan berjalan dengan lancar dan memenuhi sasaran. Pelbagai perancangan telah diatur bagi memastikan segala aktiviti dapat mencapai matlamat dan mengikut kehendak semasa. Aktiviti adalah seperti berikut :

  • Keagamaan
  • Memberi sokongan menghadapi masa depan
  • Memberi peluang perniagaan
  • Membantu memasarkan produk kampung
  • Mencari pekerjaan
  • Membantu mendapatkan keperluan khusus
Khidmat Profesional
  • Khidmat Kaunseling
  • Khidmat Guaman
  • Perkhidmatan dan Latihan
Program Yakin Malaysia

YAKIN Malaysia telah menjalankan beberapa program samaada dalam bentuk kebajikan, sumbangan, ekonomi, pendidikan dan kemanusiaan. Antara program yang dilaksanakan adalah :

  1. Program Kemasyarakatan
  2. Sebagai badan kebajikan, segala urusan kami banyak melibatkan orang ramai. Oleh sebab itu, program kemasyarakatan dibuat bertujuan untuk memupuk sifat hormat menghormati antara golongan muda dan golongan tua, semangat bekerjasama, mengeratkan silaturrahim sesama sendiri dan mengekalkan budaya rakyat Malaysia bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama. Antara program kemasyarakatan yang disusun oleh YAKIN Malaysia adalah senaman aerobik, larian amal, konvoi motosikal berkuasa tinggi, konvoi berbasikal ,gotong royong membersihkan kawasan dan juga program hari kebangsaan bersama masyarakat dan sebagainya.

    Pada 8hb September 2007 Sambutan Hari Kebangsaan Ke 50 Tahun telah diadakan dengan tajuk : "Pendekatan Erti Kemerdekaan Masa Kini" bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Dato' Senu Kuala Lumpur bertujuan untuk menggalakkan generasi muda dan masyarakat menghargai jasa mereka yag boleh digelar sebagai pahlawan dalam mempertahankan negara kita.

    Meraikan pejuang kemerdekaan.
    Cenderahati disampaikan dari Datuk Yusof bin Hassan kepada Prof Dr Nasir.

    Selain itu Program Konvoi Berbasikal Bersama Kanak Kanak Sekolah sepanjang 10 km yang dilancarkan pada 30hb Ogos 2007 di Kuala Kubu Baru, Selangor dengan tema Menyayangi Kemerdekaan sempena sambutan hari kebangsaan Malaysia. Konvoi berbasikal ini bertujuan untuk mengalakkan dan memberi pemahaman kepada kanak kanak sekolah terhadap isi isu sentitif berkaitan perkauman dan mencintai kedamaian negara.

    Konvoi berbasikal kanak kanak sekolah

  3. Program Ibu Tunggal
  4. Ibu Tunggal membeli belah sempena
    Hari Raya puasa pada Sept 2010

    Ibu tunggal memikul tanggungjawab yang berat kerana merekalah ibu dan bapa kepada anak anak. Dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar kini pelbagai usaha yang harus dilakukan demi masa depan anak mereka. Oleh sebab itu YAKIN Malaysia turut berusaha dalam membantu ibu-ibu tunggal dengan memberikan pelbagai peluang agar mereka dapat menikmati kehidupan degnan lebih selesa. Kami memberikan peluang pekerjaan, kursus kemahiran dan perniagaan samaada secara terus atau tidak langsung dengan panduan yang betul. Selain itu, kami turut membantu ibu ibu tunggal ini mendapatkan perumahan sama ada secara sewa atau hak milik sepenuhnya. Kursus kaunseling dan motivasi juga disediakan bagi memberikan inspirasi dan keyakinan kepada mereka dalam menghadapi kehidupan dengan lebih baik.

  5. Program Anak Yatim
  6. Anak anak yatim adalah salah satu daripada kumpulan sasar YAKIN Malaysia. Bantuan sepenuhnya akan diberikan kepada mereka dalam memperbaiki kehidupan dan masa depan. Ini kerana kami melihat dari jangka masa panjang anak anak yatim ini boleh dibentuk menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Mereka adalah generasi masa depan yang akan meneraju negara ini ke arah yang lebih baik. Tanpa ajaran agama, tunjuk ajar bantuan yang betul anak anak ini akan berada di satu landasan yang tidak pasti dalam kehidupan.

    Di atas kesedaran ini, YAKIN Malaysia mengambil tindakan segera dengan menyediakan tempat perlindungan, pendidikan dan program untuk mereka. Melalui cara ini nasib mereka lebih terbela, disayangi dan dihormati oleh masyarakat kerana mereka ibarat kain putih yang harus dicorakkan dengan cara yang betul. Antara program yang dilakukan dengan kerjasama badan kerajaan, NGOs dan swasta ialah :

    Pusat Jagaan "Rumah Lindungan Kasih" Tampin, Negeri Sembilan. Pusat Jagaan ini sudah beroperasi sepenuhnya pada bulan Febuari 2008 dimana ianya menempatkan lebih kurang 100 orang anak anak yatim perempuan berumur dari 9-18 tahun, dan remaja teraniaya dan hilang arah tuju tidak melebihi 20 tahun. Projek ini adalah hasil kerjasama Pejabat Daerah Tanah Tampin dan ditaja oleh Hotel Grand Millenium Kuala Lumpur dan beberapa syarikat swasta yang lain.

    Pelawat dari pelbagai bangsa termasuk British - Filipina - China

    Remaja perlu diberi banyak pemerhatian dari keluarga & anggota masyarakat amnya

  7. Program Remaja
  8. Remaja merupakan generasi yang harus dikawal dengan sebaiknya kerana mereka adalah kumpulan yang mudah terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat. Oleh itu YAKIN Malaysia telah merangka satu program khas untuk golongan ini bagi menjadikan mereka manusia yang berbudaya dan bermoral. Melalui kerjasama dengan rakan kongsi tempatan dan NGOs YAKIN Malaysia melaksanakan projek usahawan remaja. Kami mempelawa semua NGOs dan remaja dari organisasi yang berkaitan untuk menyertai peluang ini yang akan dibuka tidak lama lagi. Tema bagi projek ini ialah "Membina Kehidupan yang lebih Baik". Projek ini akan dapat membina hubungan persahabatan yang baru, mendapat rakan kongsi baru, dan peluang perniagaan kepada organisasi dan individu yang menyertainya.

    Sukan lasak (rock cliembing) pilihan remaja

  9. Program Kesihatan
  10. Mengawal/ Perangi Kegemukan Yang Berlebihan. Kegemukan terjadi adalah berpunca dari cara penjagaan pemakanan seharian sesorang individu itu. Namun ada sesetengah berpunca dari keturunan. Walaupun perkara ini dianggap ringan tetapi hakikatnya kegemukan memberi kesan bahaya kepada kesihatan seseorang itu seperti mudah mendapat kencing manis, darah tinggi, kolestrol yang tinggi dan yang paling utama penyakit jantung. Disebabkan masalah ini semakin berleluasa, YAKIN Malaysia memberi peluang kepada mereka untuk menyertai program kesihatan yang disediakan berkaitan dengan kegemukan ini.

    Doktor sukarela dari Melaka yang didatangkan khas Oleh Kumpulan Maybank

    Selain itu beberapa program kesihatan yang lain telah dirangka oleh YAKIN Malaysia bagi memberi kesedaran kepada mereka terhadap kepentingan penjagaan kesihatan. Elemen-elemen kesihatan yang baik adalah berkaitan dengan kebersihan diri atau persekitaran, pemakanan dan gaya hidup seseorang itu. Melalui penjagaan terhadap kesemua elemen ini, barulah kehidupan akan lebih sihat dan bermutu. Program yang dirangka oleh YAKIN Malaysia juga merangkumi elemen ini dimana segala kempen yang diusahakan oleh kerajaan turut sama dilakukan oleh YAKIN Malaysia. Melalui kerjasama dengan beberapa badan kerajaan dan NGOs program kesihatan dapat dilaksanakan dengan baik. Pemeriksaan kesihatan secara berterusan adalah fokus utama penjagaan kanak kanak dan bayi

Antara Pencapaian YAKIN Malaysia

Menaja rumah keturunan cina (Chinese House sponsor) oleh YAKIN Malaysia hasil daripada usaha badan amal kami, YAKIN Malaysia mampu menaja satu pembinaan semula sebuah rumah yang dikenali sebagai projek rumah cina. Warga emas berbangsa cina ini hidup dalam kemiskinan dengan keaadaan rumah yang uzur. Melalui maklumat yang diperolehi maka YAKIN Malaysia telah memberi peluang kepadanya dengan menaja dan membina semula rumah beliau dengan kos sebanyak RM36,000,00 pada 30hb Ogos 2007 di Tampin, Negeri Sembilan.

Memberi bantuan membina rumah warga emas berbangsa cina berharga RM36,000.00 pada 2006 di Tampin NS Sumbangan daripada YAKIN Malaysia

Presiden YAKIN Malaysia menyerahkan kunci Rumah kapada Penerima Bantuan

Program Amal

Selain mandapatkan bantuan dari badan kerajaan, NGOs dan swasta bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik , kami juga tidak lupa untuk memberi sumbangan atas nama YAKIN Malaysia sendiri yang seiring dengan moto badan amal kami iaitu "Dibela, Disayangi dan Dihormati". Tujuan sumbangan yang diberikan adalah untuk memberi keselesaan dan kesejahteraan hidup golongan yang kurang bernasib baik. Antara bentuk sumbangan YAKIN Malaysia adalah :

Kempen Hapuskan Nyamuk Aedes dan Selsema Burung.
Dunia pernah digemparkan dengan serangan selsema burung dan Malaysia tidak terkecuali menghadapi serangan ini. Walaupun penyakit ini tidak serius di Malaysia namun kerajaan telah bertindak lebih awal dengan mengawal kemasukan burung atau ayam dari negara luar dan mengarahkan setiap negeri menghapuskan ayam yang dipercayai telah dijangkiti oleh penyakit ini. Maka dengan itu, YAKIN Malaysia turut membantu dalam kempen yang dijalankan. Begitu juga dengan kempen pembiakan nyamuk Aedes YAKIN Malaysia juga berkempen untuk memberi kesedaran kepada rakyat tentang bahayanya nyamuk Aedes ini yang boleh menyebabkan penyakit demam denggi dan boleh membawa maut.

Program YAKIN Malaysia

Sumbangan Mengikut Negeri dan Daerah

Selain mandapatkan bantuan dari badan kerajaan, NGOs dan swasta bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik , kami juga tidak lupa untuk memberi sumbangan atas nama YAKIN Malaysia sendiri yang seiring dengan moto badan amal kami iaitu "Dibela, Disayangi dan Dihormati". Tujuan sumbangan yang diberikan adalah untuk memberi keselesaan dan kesejahteraan hidup golongan yang kurang bernasib baik. Antara bentuk sumbangan YAKIN Malaysia adalah :

1. Negeri Kelantan
  • Sumbangan "Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Tahfiz " Kota Bharu, kelantan pada 21 Disember 2006
  • Sumbangan Anak-anak Yatim "Peyatim" Kota Bharu,Kelantan pada 21 Disember 2006

    Sumbangan duit Raya di surau Taman Putra Ampang

2. Negeri Selangor
  • Sumbangan Anak yatim kristian "Philea Home" Kapar, 2hb Nov 2006
  • Sumbangan anak yatim cina "Good Samaritan Home" Kelang, 2hb Nov 2006
  • Sumbangan "Kebajikan Anak-Anak Yatim Khairiah"Kelang 2hb Nov 2006
  • Sumbangan untuk "Anak Yatim Tahfiz Taman Putra" Ampang 3hb Nov 2006
  • Sumbangan pakaian hari raya untuk 100 orang anak-anak yatim YAKIN Malaysia di taja oleh Petronas, 15hb Disember 2006

    Pusat jagaan PHILEA Di Kelang Selangor juga di beri bantuan kewangan

Negeri Sembilan
  • Sumbangan hamper dan wang saguhati kepada lima buah rumah keluarga OKU di Palong 2, Gemas, 31hb Oktober 2006

    Bantuan tidak mengira tempat untuk disalurkan

Wilayah persekutuan Kuala Lumpur
  • Sumbangan wang saguhati untuk anak-anak yatim dan ibu tunggal YAKIN Malaysia di Setia Wangsa di taja oleh Maulana, 21 Julai 2007
  • Sumbangan 100 orang anak anak yatim sempena Deeparaya di Regent Kuala Lumpur, 5 November 2006

    Pada perayaan Deepavali Anak anak Yatim diraikan sekali lagi di Mellennium Kuala Lumpur

Setiap program, acara, majlis dan projek yang dijalankan oleh YAKIN Malaysia adalah berdasarkan dari tajaan dan sumbangan badan kerajaan, NGOs dan swasta selain daripada YAKIN Malaysia sendiri. Tanpa tajaan dan sumbangan dari segala bentuk program dan aktiviti YAKIN Malaysia tidak dapat berjalan dengan sebaiknya. Antara penaja dan penyumbang yang telah menaja dan menyumbang segala aktiviti YAKIN Malaysia ialah :

Projek dan Program Berkaitan Anak Anak Yatim " Rumah Lindungan Kasih", Tampin Negeri Sembilan
  1. Hotel Grand Millenium Kuala Lumpur
  2. Pejabat Daerah Tanah Tampin, Negeri Sembilan.
  3. Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan.
  4. Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  5. 5Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan.
Peralatan Pejabat dan Pengurusan
  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri
  2. PERHEBAT
  3. Kementerian Kesihatan
  4. Tabung Haji

    Sumbangan jabatan

Pendidikan
  1. MARA
  2. Kolej Cosmopoint
Acara, program dan aktiviti
  1. Kerajaan Negeri
  2. Kementerian
  3. Polis Diraja Malaysia
  4. Bomba
  5. Pusat Serenti
  6. Institusi Institusi

    Hari keluarga Rumah Lindungan Kasih YAKIN

    Kerjasama daripada Jabatan Bomba & Penyelamat semasa program cuti sek. Semester 1

    Pegawai dari Jabatan Perhutanan NS En Hamidi meluangkan masa untuk menyampaikan hadiah kepada peserta program cuti sek. Semester 1 pada tahun 2008

    Anggota Komando Sg Udang Melaka

    Ustaz dari Pejabat Agama memberikan kerjasama kepada YAKIN Malaysia
    untuk menjayakan Program yang berkaitan keagamaan

    Jabatan Kesihatan juga sering terlibat didalam apa jua aktiviti
    yang dianjurkan oleh YAKIN Malaysia

Rekreasi
  1. Kerajaan Negeri Sembilan
  2. Jabatan dari daerah Tampin
  3. Jabatan Perhutanan

    Program Perhutanan

Perniagaan (Ekonomi)

YAKIN Malaysia tidak hanya tertumpu kepada program kebajikan sahaja tetapi kami juga menjalankan aktiviti perniagaan bagi menampung pembiayaan kebajikan yang dijalankan. Jika diteliti setiap aktiviti perniagaan yang kami jalankan secara umumnya juga bertujuan ke arah kebajikan di mana perniagaan yang kami jalankan ini akan memberi peluang kepada ibu tunggal, remaja, graduan yang mengangur.

Cafe' (Business Section)
YAKIN Malaysia merangka pelbagai perniagaan didalam dan diluar negara termasuk mewujudkan sistem franchise formula berdasarkan kegemaran rakyat tempatan. Cafe dibina untuk menampung segala aktiviti YAKIN Malaysia. Kami menggalakkan remaja dan graduan yang mengganggur untuk mengambil peluang ini dan kami akan membantu mendapatkan kewangan (modal) untuk membolehkan perniagaan mereka berjalan dengan baik. Panduan dan kursus turut disediakan. Ianya terbuka kepada rakyat Malaysia dan antrabangsa untuk menyertai franchise formula ini. Pembukaan Franchise yang pertama akan dibuka tidak lama lagi di Jalan Besar Tampin Negeri Sembilan (1), Pulau Pinang (2), Melaka (3), dan KLCC Kuala Lumpur. Rebutlah peluang INI SEMENTARA IANYA MASIH TERBUKA.

Food Court
YAKIN Malaysia juga akan membina sebuah medan selera atau lebih dikenali sebagai "food court" yang besar dengan menyediakan tempat letak kereta yang bermotifkan "open air" di Pusat Bandar Kuala Lumpur. Semua pelabur sama ada dalam atau luar negara yang berminat untuk 'joint venture" adalah digalakkan.

Kelab – Club
Club is a social environment was people come on a daily bases to socialize, have fun, entertain and learn more about health and nutrition. Neutral formula concept is so simple that there are choice of home-based franchise or commercial franchise. World wide clubs are operating in schools community centers, universities, commercial outlets but also in peoples houses, gardens and anywhere where people can gather and enjoy each others company. The business opportunity is endless as there are no limitations to expand your business nationwide or abroad, our hard working team is now parachuting Club in the various States of Malaysia, including Sabah and Sarawak.Together with our American counterpart. YAKIN Malaysia NGO has adopted from Mexico, where these Clubs are flourishing like wildfire

Projek Sekolah Antarabangsa
Di Tampin Negeri Sembilan kami menyediakan kemudahan rekreasi dan mempelawa kumpulan yang besar untuk menyertai aktiviti di sana dan kini kami membuka peluang kepada sekolah sekolah antarabangsa di Malaysia untuk bersama sertai program ini. Dengan kerjasama daripada Jabatan Perhutanan Negeri turut bekerjasama dengan program ini dalam memberikan lebih penekanan terhadap pendidikan dan kemasyarakatan. Sepanjang program ini lebih banyak peluang untuk mereka mengenali satu sama lain dan menjalin hubungan yang lebih rapat bagi kedua dua pihak, kumpulan atau institusi mahupun berlainan jabatan. Panduan bagi penjelajahan hutan akan turut sama disediakan yang melibatkan beberapa jabatan jabatan yang lain seperti Tentera, Bomba, Polis, Unit Unit Bantuan seperti Bulan Sabit (PBSM), JPA1, Kementerian Belia dan Kementerian Kesihatan. Banyak aktiviti yang boleh diikuti seperti jungle tracking, treasure hunt, flying fox, camping dan berjalan di sepanjang jambatan gantung yang disediakan. Kami menawarkan peluang rekreasi sambil belajar ini kepada mana mana sekolah tanpa sebarang pembayaran dikenakan kerana ianya akan ditanggung sepenuhnya oleh YAKIN Malaysia.

Program Nutrisi
Nutrisi yang baik semakin menjadi masalah didalam masyarakat kita yang bergerak cepat dan moden. Pembelajaran adalah amat penting, dimana lebih baik untuk mengajar anak-anak anda selain daripada di sekolah mereka sendiri. Sekarang YAKIN Malaysia menawarkan Program Nutrisi Sekolah dimana kami mempunyai kumpulan pelatih nutrisi dan pakar nutrisi yang mengajar cara pengambilan nutrisi yang seimbang untuk gaya hidup yang sihat dan secara tidak langsung dapat membantu pembelajaran anak anak ke arah yang lebih baik dan cemerlang dengan wujudnya kesedaran penjagaan nutrisi yang betul dan selamat.Sekolah-sekolah boleh memohon untuk maklumat lanjut.

Antara Senarai Program, Aktiviti & Projek yang Dijalankan Oleh YAKIN Malaysia
  1. Berbuka Puasa Bersama 40 orang Anak Anak Yatim YAKIN Malaysia di Millenium Hotel, 8 November 2007.
  2. Jamuan hari raya bersama 100 orang anak anak yatim di Hotel Milenium, 5 November 2007.
  3. Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-50 di Taman Dato' Senu, Kuala Lumpur, 8 September 2007.
  4. Program Bersama Warga Emas "YAKIN Menyayangimu" pada 8 September 2007.
  5. Penyerahan Rumah Baru Kepada Waga Emas Berbangsa Cina (Pn.Ng Chun) Dengan Kos Sebanyak RM 36,000.00, 30 ogos 2007
  6. Pawatan ke Rumah Lindungan Kasih, Tampin, Negeri Sembilan oleh Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur, 13 /30 Jun 2007
  7. Majlis Minum Petang Bersama Anak Anak Yatim Dan Pertandingan Melukis, 11 Mei 2007
  8. Latihan Kecemasan YAKIN Malaysia bersama Persatuan Bulan Sabit Merah, 20 Disember 2006.
  9. Seminar Kesihatan bersama PBSM (Bhgn 2) pada 19 Disember 2006.
  10. Seminar Kesihatan bersama PBSM (Bhgn 1) pada 3 Ogos 2006.
  11. Perjumpaan YAKIN Malaysia pada 1 Mac 2006, 18 Jun 2006, 13 Julai 2006 (Ampang), 5 September (Brickfield- Pantai Dalam) dan 13 Oktober (Kepong).

Tabung Amal

  1. Berkonvoi menjelajah Seluruh Negeri bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat bertajuk " Kembara Kebajikan", 25 Julai 2006.
  2. Seminar Bersama YADIM Dengan Tajuk "Percambahan Pemikiran Islam Hadhari" pada 15 Julai 2006.
  3. Seminar Sukarelawan pada 16 Julai 2006.
  4. Lawatan YAKIN Malaysia Ke Baitulmal (Pusat Islam), 23 Jun 2006.
  5. Bengkel ICT pada 17 – 10 Jun 2006
  6. Seminar Bersama Wanita "Masalah Kehidupan Sosial Golongan Wanita"melibatkan ibu ibu tunggal, 14 Jun 2006.
  7. Seminar Keusahawanan Bersama YAKIN Malaysia dan ibu ibu tunggal pada 17 Mei 2006.
  8. Lawatan YAKIN Malaysia ke Perak dan Perlis pada 14-16 April 2006.
  9. Program Penyampaian Sumbangan Tabung "Insan Penyayang" 3 Disember 2005.

    Hotel Mellinnium Kuala Lumpur turut serta berusaha mengumpul dana memberikan bantuan kapada YAKIN Malaysia pada tahun 2007